Sunday, March 25, 2007

Tempat -tempat Menarik di Kuala Lumpur












Eye On Malaysia



Eye On Malaysia merupakan satu tempat menarik yang boleh di lawati di Kuala Lumpur. Lokasinya di Taman Tasik Titiwangsa. Idea diambil daripada London Eye sempena Tahun Melawat Malaysia 2007.Mula beroperasi pada 6 Januari 2007 dan tamat pada 31 Disember 2007. Ketinggiannya

setinggi 60 meter .Terdiri daripada 42 gondola termasuk 1 gondola VIP.Pengunjung akan merasai berpusing selama 12 minit untuk menikmati pemandangan sekitar Kuala Lumpur.






Menara Berkembar Petronas


Menara Berkembar Petronas merupakan bangunan yang tertinggi di dunia. Lokasinya ditengah bandaraya Kuala Lumpur.Tempoh pembinaannya bermula pada tahun 1998 dan tamat pada tahu 2004. Ketinggiannya ialah 452 meter . Bahagian bawahnya terdiri daripada pusat membeli-belah. Tingkat atas pula merupa bahagian pejabat kepunyaan Petronas. Terdapat satu jambatan yang menghubungkan kedua-dua bangunan dibahagian atas. Jambatan itu dikenali sebagai Skybridge terletak di tingkat 41 dan 42. Ketinggiannya ialah 170 meter dan panjangnya 58 meter.



Aquaria KLCC




Aquaria KLCC mengandungi lebih 5000 spesis hidupan laut.Keistimewaannya ialah terdapat sebuah terowong kaca dengan ketinggian 1.8 meter dan sepanjang 90 meter yang merupakan terowong yang terpanjang di Asia Tenggara. Terowong ini menempatkan pelbagai hidupan laut dalam . Tempat ini boleh menampung sebanyak 2.7 juta liter air.








Zoo Negara




Zoo Negara merupakan satu kawasan hutan di tengah bandar raya. Mula dibuka kepada umum pada tahun 1963. Terdapat lebih 400 spesis haiwan di zoo ini. Pengunjung berpeluang menyaksikan pertunjukan haiwan seperti gajah dan orang utan .Selain itu pengunjung boleh menunggang haiwan dengan bertemankan penjaga haiwan tersebut.








Menara Kuala Lumpur


Menara Kuala Lumpur merupakan menara komunikasi yang ke 4 tertinggi di dunia. Siap dibina pada Mei 1996.Lokasinya di kawasan Bukit Nenas Kuala Lumpur. Ketinggiannya ialah 421 meter. Merupakan bangunan yang tertinggi di Asia Tenggara. Berada di puncaknya membolehkan pengunjung menikmati pemandangan di sekitar Kuala Lumpur.



































































































































































































































































2 comments:

Mairah said...

Pemandangan di Kuala Lumpur amat cantik dan menarik

Mairah said...

i like that